About me ? *not too much (:

Selamat Datang : Blogg saya yg TAKCANTIK ini >.<'
Just simple - same with the owner of this blogg (:
(Ok : saya xmasak sgt dengan BI & blablabla ~) -.-'
Name <3 NorAfiqahAini
Age <3 17 years old ( mangsa SPM ) ^^'
From <3 Kedah
Status <3 High school student (:
Powered By Blogger

Friends : the most I love than other ^^ FATIN MADIHAH, MD. ZUBIR

Friends : the most I love than other ^^   FATIN MADIHAH, MD. ZUBIR
Dia : top 1 eka dlm carta sahabat (: Dia adik eka yg eka sayang teramat dalam life eka ^^ persahabatan kami sudah lama sgt terjalin , masuk tahun 2012 ni dah : 9tahun kami berkawan :D dia lahh buah hati eka , banyak yg kami kongsi bersama - suka duka. tapi , sekarang kami terpisah ): but , persahabatan kami tetap masih kekal mcm dulu , dia : princess saya ^^ #iloveherdamnmuch#

NurArtika , Abdul Rahman

NurArtika , Abdul Rahman
Dia : kawan yg selalu beri dorongan kepada eka (: Dia sentiasa support eka , tika kala eka lemah dalam something . Dia tempat eka mengadu sesuatu : kami happy when staying together ^^ sudah lama kami xbertengur sapa : tapi , atas keizinan Allah - kami dapat menjadi kawan rapat yg sentiasa membimbing antara satu sama lain (: #Thanks ALLAH : iloveher#

NurShazana , Muhd. Syukri

NurShazana , Muhd. Syukri
Dia : model bertudung saya ^^ hiee :3 Dialah kawan eka yg paling periang ~ periang yg penuh dengan gelak tawa (: dia menyegar suasana kami bila staying bersama :D tanpa dia : suasana sunyi ~~~ haha #thankssyg#

Sharifah Heni Masrina , Syed Salleh

Sharifah Heni Masrina , Syed Salleh
Dia : Model terkenal kami lhh . haha :D mcm-2 -.- hrm , dia - teman yg selalu ada for kami semua (: dia ada untuk membantu kami , dia lh kedai toup kami >.< hehe. walaupun berbeza cara masing-2 . heni : teman yg banyak menghulur bantu kat kami (: #thankyoumydear# (':

Saturday, December 17

MineNovelStory #none#

Aina merupakan salah seorang pelajar bahagian fesyen designer di salah sebuah Universiti di Kuala Lumpur . Semenjak belajar di sana dia telah menemui seorang jejaka pilihan hatinya : Tengku Haikal . Tengku Haikal pada mulanya dilihat hanyalah seperti seorang pelajar biasa di university , tapi disebaliknya , dia mempunyai latar belakang yang sangat mewah . Dia menjadi pujaan hati ramai gadis akan tetapi pada dia tidak ada satu pun yg bertahta di hatinya . Dia berasal daripada keluarga yang berada . Ibubapanya mempunyai beberapa buah syarikat tersendiri  antaranya di Australia & Jepun . Kedua-dua ibubapanya telah mendapat gelaran datuk serta datin . Pada saat ketika mereka menjalinkan hubungan ,Tengku Haikal telah memutuskan untuk melamar Aina bagi dijadikan isterinya biarpun pada ketika mereka sedang belajar . Oleh itu , Aina datangnya hanyalah dari keluarga  yang sederhana pada mulanya engan menerima lamaran tersebut kerana berbezaan latar , jadi  bagaimanakah perjalanan perhubungan mereka ? Adakah Aina akan menerima Tengku Haikal sebagai suaminya ??





 “ Aduh’ harini hari pertama aku kat U ni , macam mana ni ? dah lah tempat orang. erm. Selalu ibuayah je yg tolong uruskan . aduii~” Aina hanya mampu mengeluh dalam hatinya . Hari ini merupakan hari pertama beliau di universiti , dia bagaikan rusa masuk hutan . dia tidak tahu apa-apa yg patut dia lakukan . Dia hanya berjalan-jalan mencari kelasnya , oleh kerana malu untuk bertanya kepada student-student yg lain dia terus berjalan-jalan mencari kelasnya hingga ke satu ketika dia telah melanggar salah seorang pemuda yg merupakan pelajar university itu lalu semua fail-fail yg dibawanya semua terlepas dari tangannya . Aina terus mengutip fail-fail yg terjatuh itu dengan hanya menunduk rapat bagi menyembunyikan perasaan malunya . Dia berbisik dalam hatinya ,” Ya Allah – aku buta ka? Macam mana ni ? Aku langgar orang ikot sedap aku ja , macam mana ni ?? “ keluh Aina jauh di dalam sudut hatinya . Tiba-tiba kedengaran suara pemuda itu , bertanyakan “Awak tak apa-apa? Biar saya tolong “  pemuda itu pun terus menolong Aina mengutip semula failnya itu . Setelah selesai , pemuda itu meghulurkan fail terakhir yg dikutipnya kepada Aina . Aina hanya menyambut fail itu dari tangan pemuda itu hanya dengan menunduk rapat . Dia tersangatlah malu untuk melihat wajah pemuda tersebut . “ Awak okay ? Tak pernah nampak awak pun sebelum ni , student baru ke ?” secara tiba-tiba pemuda itu kemukakan soalan kepada Aina . Aina hanya mengganguk menunjukkan tanda dia menjawab pertanyaan pemuda itu . “ Kenape awak tunduk je dari tadi ? Saya tak makan oranglah . em , Kalau awak perlukan pertolongan, saya boleh bantu awak ?” Tanya pemuda itu lagi ke atas Aina . Aina hanya menjawab “ Tak mengapalah . Terimakasih .Saya buat sendiri . Maafkan saya” , sesusudah sahaja Aina menghabiskan bicaranya terus dia berarak dari situ lalu pergi ke tandas wanita . “ Aduh – hari pertama dah macam ni . Aina hg gila kaa? Ni KL lh , erm . Macam mana ni . Aku perlukan pertolongan . Sapa lh boy td tu kan ? hmm . dah lh , Aku kena cari kelas aku ni. Dah nak mula . Adoi “ Aina hanya mengeluh seorang diri di dalam tandas .

  Beberapa minit kemudian , dia telah menemui kelas mengikut kos aliran yang  didaftar . Kelihatan kelas baru sahaja hendak bermula . Penuh bagaikan padi di sawah . Aina menjejakkan kakinya masuk ke dalam kelas dan terus menuju ke satu tempat kosong di dalam kelas terbabit . Aina duduk menjalani hari pertamanya belajar di situ .. selepas beberapa jam kemudian , “ Ok , kelas boleh bersurai . Besok saya adakan kelas pukul 9.00 pagi . Harap kalian semua boleh datang tepat pada waktunya. Selamat Petang” , kata pensyarah terakhir yg masuk megajar kelas Aina td. Aina bergegas mengemas kesemua perkakasnya di atas meja. Tiba-tiba kedengaran suara pemuda yg datangnya dari barisan belakang meja Aina ,” aih ? Macam pernah jumpa je minah pakai selendang biru berbaju kurung depan aku ni’. Kata pemuda tersebut kepada rakannnya . Rakannya hanya menyambut ‘” yeke? Yg mane ni ?? Yang tadi tu pee , Eykal ? haha ,” mereka ketawa mengejek Aina yg berada di depan . Aina tersentak apabila mendengar kata-kata sindiran mereka itu . Aina tidak mempedulikan mereka . Aina terus bergegas keluar dari kelas tanpa menghiraukan mereka . Kelas pada hari itu sudah tampat dan hari pertama Aina di universitinya sangatlh sukar baginya .




 Hari kedua , Aina pergi ke kelasnya dengan menaiki LRT , hanya itu kemudahan awam yg mudah serta cepat untuk Aina tiba di kampus. Apabila tiba di kampus ,  Aina berjalan terus meluru ke salah satu meja kerusi yg disediakan disitu bagi menunggu jam tiba pukul 9 pagi . Beberapa saat kemudian , dia melihat seorang pemuda datang memasuki kawasan university dengan memandu sebuah kereta Swift yg diubahsuai dengan begitu menarik sekali . Kereta itu telah menarik perhatian Aina untuk ingin mengetahui siapakah gelaran tuan empunya kereta itu . Beberapa minit kemudian , setelah kereta itu diparkingkan di tempat yg disediakan pintunya terbuka dan turunlh dua orang pemuda lelaki dari kereta tersebut . Seorang nya keluar dari bahagian pemandu dan seorangnya lagi dari bahagian penumpang di sebeleh kiri . Aina begitu terkejut dengan tuan empunya kereta , pada saat ketika itu secara tidak langsung tiba-tiba hati Aina berdenyut kencang melihat wajah pemuda itu dari jauh padangannya . Dia berbisik lantas di dalam hatinya “ Ya Allah – segaknya mamat tu ! Macam nk terkeluar jantung aku . Handsomenya !!” , jerit Aina dalam hatinya . Aina hanya mampu menjerit di dalam hatinya kerana risau nanti ada orang yg akan mengelarnya orang gila di situ pula nanti .Jam menunjukkan tepatnya pukul 9 pagi . Aina terus mencapai beg dan failnya lansung  terus ke kelas , bimbang nanti terlambat ke kelas . Aina tiba di kelasnya , dia terus duduk di tempat dimana dia duduk kelmarin . Aina bimbang akan gangguan dua orang pemuda yg berada dibelangkan tempat duduk nya itu . Tapi pada hari ini tiba-tiba dua orang pemuda itu ternyata tidak kelihatan di tempat duduknya . Tempat duduk mereka kosong, Aina mengeluh sendirian “ Syukurnya mamat-mamat belakang aku ni tak mai . Diam sikit , tade sapa nak ganggu aku. Tapi , macam pelik pulak tak datang. Baru hari kedua sem mula. Em.. “ Aina hanya berbicara sendirian . Sepuluh minit berlalu , pensyarahnya belum lagi tiba . Pelajar-pelajar yg lainnya bercakap-cakap tanpa menghiraukan apa-apa . Aina menconteng bukunya kerana tidak dapat menahan rasa buwsannya . Tiba-tiba sekumpulan pemuda lelaki yg kesemuanya merupakan pelajar kelas ini masuk ke dalam kelas dan memberitahu bahawa pensyarah yg ketika ini masanya tidak dapat hadir ke kelas kerana mempunyai hal penting . Kesemua pelajar lain yg berada di dalam kelas itu bersorak keriangan . Aina tersenyum gembira . Aina memandang sekumpulan pelajar itu . ssetelah mereka bersurai salah seorang lelaki dari sekumpulan tadi itu datang berdiri di hadapannya lalu menarik kerusi dan duduk di depan Aina . Aina tersentak terkejut dengan sikap lelaki itu . Aina menoleh kehadapan melihat wajah lelaki itu . Mata Aina terbeliak dan jantung Aina berdenyut kencang bagaikan nak meletup ketika itu . Terkejutnya Aina apabila melihat wajah lelaki itu . Lelaki yg duduk di depan Aina dengan penuh senyuman itu ternyata lelaki yg membuat hati Aina berdenyut kencang semasa dia duduk di kerusi meja sebentar td . Aina begitu terkejut disehinggakan lidahnya kelu tanpa bicara . Lelaki itu terus memulakan bicara sebaik sahaja dia duduk di kerusi yg ditariknya td “ hye awak ? (: Saya tak tahu lagi intro awak , boleh saya tahu ? ^^ “  kedengaran suara lembut lelaki itu serta tidak terpadam wajahnya dengan senyuman manisnya di bibir . Wajahnya yg putih menenangkan hati sesiapa sahaja yg memandangnya . Kacaknya serta comelnya dia menjadi pujaan pelajar perempuan di kampus ini. Aina terkejut dengan segalanya , dia bagaikan mahu pengsan pada saat itu juga . Lidah Aina menjadi kelu , diam tanpa kata .Kemudiannya lelaki tersebut melontarkan bicaranya lagi ,” Uh ? kenapa awak diam ? erm , ok . Mungkin awak nk tahu intro saya dulu kot (: Nama saya Haikal . Awak boleh panggil saya Eykal , kawan-kawan selalu panggil saya macam tu.  Saya berasal dari Putrajaya je (: Persin 12 .Awak ? ^^”  lelaki itu tersenyum manis setelah selesai bicara . Aina cuba untuk menjawab pertanyaan lelaki bernama Haikal itu . “ Sa….ya Ai…n…a “ Aina hanya memberitahu namanya saja itupun dengan nada yg gagap . Haikal hanya tersenyum melihat cara Aina menjawab persoalannya tadi itu . “ Awak memang gagap ke? “ tiba-tiba soalan itulh pula yg dikemukakan oleh Haikal kat Aina . Aina keliru , dia hanya mampu tersenyum dengan kata terakhir Haikal . “ Good Afternoon , students please sit on your own place “ dalam kedua-dua mereka bersemuka , kedengaran suara pensyarah mereka memasuki cuping telinga . Masing-masing bersedia untuk belajar . Haikal pula pergi ke tempat duduknya iaitu di belakang Aina . Dalam pada itu , Haikal masih mampu melontarkan satu senyuman bermakna kepada Aina . Aina tercengat seorang diri keliru dengan Haikal . Mereka semua kemudiannya menjalankan kelas mereka seperti biasa .

 Jam menunjukkan tepat pukul 4.35 ptg , ‘ Okayy , kelas boleh bersurai” itulah kata-kata terakhir pensyarah Aina sebelum keluar kelas . Aina sudah mengemas dan ingin keluar dari kelas itu . Aina berjalan seorang diri menuju keluar dan tiba-tiba kedengaran suara seseorang  memanggil namanya “ Aina! Tunggu jap !” Aina terkejut  kerana menurut dia tiada sesiapa pun yg mengetahui namanya kecuali … Haikal ! Aina menoleh ke belekang dan melihat Haikal berlari menuju ke arahnya . Haikal tiba dekat dengan Aina, dia bernafas berpusu-pusu menanda penatnya dia berjejas tadi . “ Kenapa awak panggil saya ?” Aina bertanya . “ Saya .. Saya nak ajak awak keluar makan sekali . Jom ?! nak tak ? “ Aina tidak menduga yg Haikal akan mengajaknya . Tapi menurutnya mereka baru sahaja kenal sebentar td . “ Awak ni betul ke tak ? kita baru ja kenal td , dah ajak . em “ Aina kemukakan ketidakpastiannya itu dengan penuh tanda Tanya dalam fikirannya . Haikal hanya menjawab “jom lh” Aina betul-betul keliru saat itu . Di dalam kepalanya juga terfikir perkara-perkara yg negative . Dalam beberapa saat kemudian nya , Aina memutuskan untuk tidak mengikuti ajakkan Haikal . Dia meminta maaf kepada Haikal lalu pergi meinggalkan tempat itu . Haikal hanya mampu menerima keputusan Aina itu . Masing-masing mereka beredar dari situ .




                                                                                                                                      To be continue ....